Hadiah dari Tuhan

Dia datang dalam hidup aku 5 tahun yang lepas. No, he was not my first love. He was my second choice after Ozzy died. 

Kali pertama kami bertentang mata di depan Maybank Alam Mesra, Kota Kinabalu. Hujan renyai renyai. Ada beberapa pilihan yang ditunjukkan masa tu. 

Tapi dia yang paling kecik cinonet dan berusia 2 minggu. Warna kelabu, jenis Siberian. Comei lah jugak. Tapi macam tupai, jenis tak duduk diam. 

Sampai rumah, dia explore satu rumah tanpa rasa takut. Tangkap kaki, panjat curtain, semua dia buat. Mata dia terpandang satu benda dalam bilik, dia lari laju laju dan lompat atas katil. Bergolek golek. Mula rasa nak bukakan hati untuknya.

Sebab dia berusia 2 minggu, aku kena bagi dia susu selang 2 jam. Memang mata rabak macam ada anak manusia. Budak ni pulak kalau lambat dapat susu duk memekak sampai panjat muka. 


Ini masa umur sebulan. 

Masa umur dia 3 bulan, dia kena penyakit jangkitan kuman dalam darah. Aku perasan dia kurang makan dan rambut dia banyak jatuh. Sebelum detect penyakit sebenar, setiap hari selama seminggu aku ulang alik ke Sabah  specialist animal medical centre untuk ambik darah dan masuk air dan makanan. Lepas detect penyakit dia masih belum sembuh sebab body dia tak tahan dengan ubat local. 

Ubat dia doctor orderkan dari Australia. 1 tube untuk 2 minggu. He needs it every day. Jadi, dia perlukan 2 tube sebulan. Satu tube RM160. Dia hidap penyakit ni sehingga umur dia 3 tahun sampai badan dia benar benar boleh melawan virus tu dengan sendiri. Terima kasih Doctor Yusuf dan Doctor Yan yang tak jemu jemu membantu menyembuhkan. 

Ini ubatnya. 

Asalkan ubat tu diberikan secara teratur, dia memang aktif dan manja. Oh dan spoil gila. Apa sahaja untuknya. Setiap tahun pada 6 November mesti sambutan harijadi akan dibuat. Ada cake dan sudah tentu ada hadiah hadiah yang gerenti kucing lain terliur liur tengok.
 
Ini masa umur 3 bulan kot tak ingat. 

Punya lah saling memerlukan, masa cik ke umrah kami dua dua demam panas. Memang tepat keputusan aku untuk tinggalkan dia bersama Doctor Yusuf dan Doctor Yan. Lepas kena cucuk (dan di susuli solat hajat 20 rakaat di Masjidil Haram. TWENTY effing rakaat with tons and tons of tears of course hahahaha) alhamdulillah dia sembuh. 

Dia sentiasa ada masa aku gembira dan sentiasa bersama semasa keadaan jiwa sangat rapuh. Sangat rapuh. Dia lah peneman setia. Peminat cik paling utama. Takboleh berenggang langsung dari cik dia. Kalau cik berak lama sikit pun dia dah ketuk ketuk pintu dan panggil panggil to check on me. 

Aku seboleh bolehnya takmahu dia tidur sendirian sebab dia takut gelap. (Padahal cik takboleh tidur langsung tanpa dia di sebelah). Ada satu masa family gathering satu malam di PD, cik menangis nangis mintak cak ambik bawak balik ke rumah. Tak sanggup rasanya nak tinggalkan dia tidur seorang. 


Ini masa dia berumur setahun. 

Ya, aku boleh compromise almost everything dalam soal kehidupan tetapi akan menjadi terlalu emosi dan sensitif bila bercakap soal dia.  None of you were with me when i was at my lowest point in life. He was there day and night supporting and comforting me in anyway he could. 

Ya, aku jiwa kental dan konon rocker sejati tetapi kalau soal dia, awal lagi aku angkat bendera putih. Seluruh jiwa dan raga dah aku berikan pada mat obes ni. Tiada doa lain dari cik selain mendoakan baby cik sentiasa sihat dan dapat berada di samping cik selama yang mungkin. 

Nama dia Poi. Hadiah paling berharga dari Tuhan. 



Nota kaki: Post ini dinaikkan kerana cik di serang asthma yang agak teruk semalam. Faham faham saja lah apa pesanan penaja dari seluruh keluarga dan doctor. 


P/s: Cinta kami tetap utuh. 



Pp/s: I dont know what pps means but M nak jugak anyways. Baik. Mulai harini pps adalah ruangan keterpaksaan puji pujian untuk M dan Pijah. Aku mulakan dengan taste mereka untuk makanan sangat tinggi. Macam ni boleh? 

F. 

Comments

Popular Posts