Resolusi

Mungkin seseorang perlu menurunkan ekspektasi tentang sesuatu jika tidak mahu kecewa.
Amarah adalah tindak balas dari kekecewaan.
Kekecewaan apa? Baik, mari kita kupas.
Tiada siapa pun dianugerahkan secara terus dengan kebijaksanaan tentang sesuatu (ya, melainkan dengan izin Allah swt) namun kebijaksanaan itu harus dibina dengan usaha keras.
Iqra': Bacalah!
Wahyu pertama diturunkan dengan seruan Iqra': Bacalah! Read! Learn! Allah swt menyeru dan memerintahkan supaya kita membaca untuk memperoleh kebijaksanaan. Living a wise life. Kebijasanaan dari pelbagai aspek kehidupan.
Sentralisasi hari ini ialah kebijaksanaan dan tanggungjawab kerja di pejabat.

Mengapa kita diseru untuk membaca dan beroleh kebijaksanaan? Mudah.

Untuk mengelakkan kita menjadi manusia yang dangkal. Manusia jenis ini sering dipergunakan di dalam organisasi kerana mereka tidak mempunyai pegangan ilmu yang teguh. Mereka ini adalah golongan yang menghalang kejayaan sesuatu projek kerana kejahilan mereka terhadap tanggungjawab kerja.
Golongan yang menentang kejahilan secara lantang dianggap liberal dan dilabel sebagai golongan 'tunjuk pandai' di dalam organisasi yang telah matang. Mari kita sentuh sedikit tentang tanggungjawab kerja dari perspektif Islam kerana kebanyakan dari kita adalah golongan bijak pandai ilmu Islam.
Kerja adalah amanah. Dalam konteks ini tanggungjawab kepada organisasi dan Allah swt. Kerja perlu dilakukan dengan sepenuh hati dan ikhlas dengan tekad untuk mengangkat negara yang dicintai ke tahap yang paling hebat kita boleh gapai. Jika tiada usaha untuk memahami proses kerja, maka terbentuk lah golongan dangkal yang bekerja di dalam kejahilan sehingga menyebabkan sesuatu projek hampir gagal.
Maka tanya lah diri, adakah kita menjalankan amanah dengan tekun? Adakah terselip keberkatan dalam bayaran setiap akhir bulan yang dibiayai oleh hasil titik peluh rakyat itu? Tanya lah hati. Jati diri sebagai seorang muslim tidak dinilai secara zahir dan semata mata dari penampilan diri, tuan tuan.
Buka minda, buka hati. Bacalah.

Tulisan ini adalah tanggungjawab sosial kepada semua dan juga sebagai peringatan kepada diri sendiri.

"None of us is as smart as all of us"
















Comments

Popular Posts