Tabah

Hampir 4 bulan aku bekerja di bahagian baru. (Accounting system department)

Selain dari manusia makan berbunyi, aku paling benci accounting system. Disebabkan aku paling benci system dan sentiasa maki sistem sedia ada, maka karma pun datang kejar aku. Sial.

Biar aku namakan system yang sedang dibangunkan ini dengan nama 1Babimas. Development masih giat dilakukan oleh system developer dan pihak kami. 

Sekarang musim UAT Walkthru. Maknanya both parties iaitu system developer dan our team perlu mencuba system yang telah kami reka ini. Both positive (as per testing system scripts) and negative testing (go against the scripts). 

Team aku perlu test system ini satu per satu mengikut real case scenarios. Did i not mention earlier that i hate accounting system so much? Ya. Aku benci. Tapi untuk memastikan Poi sentiasa gemok dan jalani kehidupan yang mewah, aku terpaksa akur dengan situasi ini. 

Setiap modul diberikan consultants sepanjang UAT Walkthru ini dijalankan (this session could take months). Nama manusia malang yang di tugaskan menjadi consultant aku ialah D. 1Babimas adalah system yang berbeza cara operasinya dari sistem sedia ada. Aku memang lemau dengan sistem yang sedang dibangunkan ni dan berharap kebodohan ini tak kekal lama. 

Aku manusia yang sangat tak penyabar, sangat tidak peduli details, sangat susah untuk focus lebih dari 10 minit and i was assigned to lead a team for system testing?  Hangpa hilang akai, ka? 

Hangpa tau dak sapa yang paling terseksa sepanjang tempoh UAT Walkthru ni?

Di push untuk betulkan defects selang 10 minit, di tanya Tcodes yang telah ditanya 5 minit sebelum, di marah kerana certain reports takboleh run padahal i was supposed to click that stupid and ridiculously tiny execute button, baru report keluar, bodoh. Di paksa dengar lawak bodoh, dan god knows apa lagi musibah yang perlu dia tempuhi in the near future. 

Here I present you, the most patience woman ive ever met in my whole life, D, the Loan Management System Consultant. 

 
 

Aku doakan kau tabah mengharungi kehidupan selepas ditugaskan membantu aku. Aku janji aku belanja kau makan sedap sedap lepas UAT selesai, insyallah. Dengan syarat, kau settlekan defects list aku cepat, kalau tak siap kau! 

Comments

Popular Posts