Kumpulan kumpulan Monyet

Dalam kehidupan aku ada beberapa kumpulan monyet yang aku benarkan untuk dekat di hati. 

Aku memang memilih monyet monyet yang sesuai sebelum membuka ruang untuk mereka. Hanya beberapa yang berjaya melepasi ruang lingkup itu. 

Kriteria utama adalah seperti berikut: 

i.    Minda terbuka seluas luasnya.

ii. Bersetuju untuk membiarkan Tuhan melakukan kerjaNya bersendirian. 

iii.   Tak clingy. 

iv. Menghargai seni. (exception untuk pijah. minah ni buta seni gila babi but i love her anyways)

v.  Bersetuju membiarkan semua manusia menghargai kehidupan dengan cara mereka sendiri. Nak selfie selang satu saat walaupun muka kau aneh, nak update status 'Abang, cepatlah balik saya dah ready' sambil pegang manjakani, semuanya terpulang. 

vi.  Menghargai persahabatan dan percaya kepadanya. Brofist.👊 


Di bawah disertakan gambar gambar monyet mengikut kumpulan masing-masing:


Satu: #monyetbiadap 

Dianggotai oleh M dan Pijah. Monyet dalam kumpulan ini adalah dalam hieraki yang paling tinggi. 

Makan, merapu, pi holiday, pinjam duit, semua boleh. Paling penting, ada je peluang membodohkan masing-masing, siapa yang takbodoh akan geng dan tagteam.

Dua: #monyetsabah

Dianggotai oleh Lon, Serr dan Kon. 

Aktiviti tetap adalah karoke, makan dan merapu. Ini adalah support group. Siapa kacau aku, bertumbuk pun boleh bah ini urang. 


Tiga: #monyetmonyetdeep

Dianggotai oleh Legam, Pondan Tua dan Tali Barut dap. 

Aktiviti utama adalah update gosip terkini dunia penulisan dalam dan luar negara. Buku siapa best, buku siapa macam haram. Minuman. Hisaban. Menung. 



Empat: #Abeja

Abeja dia lone ranger. Dia bukan monyet sebab dia mat abang abang. 

Aktiviti utama adalah travel bersama. Unplanned road trip dia paling suka. Segala pulau n waterfalls dia bawak aku. Paling banyak ajar erti kehidupan. Paling banyak kena pau dengan aku. Paling menjaga masa aku takda jiwa. Paling kuat membebel. Tapi paling disayangi. 


Lima: #legam

Legam muncul dua kali kerana dia paling mindfuck dan gilakan perhatian dalam diam. 

Selain dari aktiviti membincangkan (mengumpat mostly) dunia penulisan di Malaysia, dia paling banyak menjaga masa aku kehilangan jiwa. Ntah macamana kau boleh sabar layan kegilaan aku. Paling boleh diharap, paling biadap dan paling hitam. 

Ruang aku dah cukup penuh dan bernyawa dikelilingi monyet monyet sakai ni. Cukup lah. 

Nota kaki: Poi dan Cak bukan monyet. Mereka istimewa dan tak spastik. 


F. 

Comments

Popular Posts